Petunjuk Yang Maha Kuasa – atau kita sendiri yang tunjuk?

by Cob Nobbler on 22/02/2012

in Opinions

Post image for Petunjuk Yang Maha Kuasa – atau kita sendiri yang tunjuk?

Mencari petunjuk Yang Maha Kuasa mengikut logik kalimah Tuhan dalam kulat kayu.

Saya masih ingat di suatu petang tahun 1992, saya sedang bermain bola dengan kawan saya sambil tergelak-gelak budak perempuan sedang main skipping. Dalam saya sedang berangan untuk menjadi Bruce Groebellar, dan kawan saya sedang berangan untuk jadi Mokhtar Dahari, lagi seorang kawan saya berlari-lari seperti tak cukup tanah bagai Chicken Little berlari untuk memberitahu seluruh kampung yang langit akan runtuh. Saya terpinga-pinga melihat kawan saya itu, kenapa dia berlari bagai tak cukup tanah?

“Tak lama lagi nak kiamat! Tak lama lagi nak kiamat!” sama seperti Chicken Little dan cerita langit nak runtuhnya, dia datang membawa khabar derita. Buktinya dia membawa sebuah kepingan surat khabar Bacaria, dan menunjukkan gambar-gambar bentuk awan yang berbentuk wanita sedang terbakar dalam api neraka, gambar kalimah Allah dalam bentuk awan, dan juga awan yang berbentuk pelbagai lagi bentuk. Pada ketika itu, saya yang baru nak berangan nak jadi Bruce Groebellar terus melupakan angan-angan tersebut, memandangkan surah dari kawan saya — dunia dah nak kiamat.

Tapi semasa usia saya berusia lebih kurang 17 tahun, saya mendengar surah di Amerika bahawa mereka terjumpa kerusi kayu yang berkulat membentuk muka Jesus Christ. Kemudian saya juga ada mendengar surah di India bahawa seorang budak ada tanda lahir yang sama seperti Dewa Shiva. Jadi, saya mempersoalkan diri saya — apakah tanda-tanda ini tidak hanya tertakluk kepada satu ugama? Kalau Islam mendakwa bentuk-bentuk awan itu adalah petunjuk dari ugama mereka, bagaimana yang lain ini?

Lama-lama saya give up untuk mendengar cerita-cerita ini. Saya pun tak pasti yang mana satu cerita ini benar. Cerita awan bentuk kalimah Allah, cerita akar kayu, cerita urat daging lembu, cerita Jesus pada kulat kayu, cerita lebah berbentuk kalimah al-Quran — dalam djaman teknologi Adobe Photoshop ini segalanya boleh dijadikan cerita.

Pokok tuhan

Pokok ini menyerupai perempuan seksi - perempuan seksi adalah Tuhan?

Kini naik satu level lagi — video sejadah berdiri dan juga video ikan berenang dengan kalimah Tuhan di siripnya. Menjadikan saya berfikir sejenak, apakah Tuhan Yang Maha Kuasa itu nak menunjukkan kuasa dengan menayangkan kalimah di sirip ikan atau gambar Jesus di kulat kayu? Takkan itu je yang mampu Dia lakukan?

Kenapa Dia tak mampu hapuskan kemiskinan — hampir 1 billion manusia tidak ada bekalan air bersih. Kenapa Dia tak mampu hapuskan peperangan dengan membalikkan bumi Amerika dan mengembalikan Amerika ke zaman batu? Kenapa Dia hanya menunjukkan Kuasanya pada sirip ikan, kulat kayu, lebah ataupun sejadah berdiri? Saya pun tak pasti sejadah berdiri ini adalah lawak tapai troll siapa yang cuba mahu membuat lawak — tetapi yang sedih adalah masyarakat kita untuk percaya ini semua?

Saya pernah menghabiskan satu hari yang paling membazir dalam hidup saya — menengok awan bentuk apa. Kadang-kadang saya tengok awan ni bentuknya arnab, eh, takkan Tuhan itu adalah seekor arnab? Kemudian saya lihat awan itu berubah menjadi bentuk udang pula. Ah, baru semalam saya makan udang masak petai — takkanlah Tuhan boleh dimakan? Kemudian ia berubah-ubah kepada pelbagai bentuk sehingga hari sudah larut malam.

Kesimpulannya — saya tak nampak bahawa petanda awan berbentuk kalimah ini adalah petanda besar dari Yang Maha Kuasa – tetapi kita sendiri yang tunjukkan ia supaya kita rasa itu petandanya.

Pada petang tadi, saya nampak awan itu berbentuk seperti Liverbirds logo pasukan bolasepak Liverpool FC. Kalaulah saya nampak awan berbentuk Liverbirds itu sehari selepas final Champions League 2005 di Istanbul (perlawanan paling dramatik dalam sejarah), saya dengan beraninya menulis ugama saya dalam borang pendaftaran saya sebagai seorang yang berugama “Kopites”. Kalau nak mengikut logik kalimah Tuhan dalam kulat kayulah.

by Cob Nobbler (@comradenami)

  • Pawi

    Kalu cakap pasai keajaban utk buktikan ketuhanan, than semua agama ada keajaiban tersendiri.

    No, miracles do not proof anything such in the modern word. But the content of the religion (the teaching and doctrine) makes the different.

    • Jalanlabohan1989

      Btul tu Pawit ,semua agama claim agama dioaorang paling benar dan saheh, tapi orang islam xyah jakun sangat benda cam sejadah berdiri ,langit bentuk mata etc,cause benda cam tu xlah canggih sngt dan kebetulan saje,xyah nk cari petande disebalik sejadah berdiri,ntah ntah ade orang nak mencapap berdirikan sejadah tu pastu heboh kate sejadah tu berdiri sendiri,aku akan jakun tahap babun kalo ade video tunjukkan sejadah tu berdiri sendiri tanpa bantuan sape sape ha ha

      • Fudgey

         True.

        Pics or it didn’t happen.

  • rizzo

    Hahaha

  • jhnrdzi

    mungkin kerana dalam fikir kau, kau nak melimitasikan ‘Tuhan’ dalam bentuk perkiraan dan logik. Walaupun Tuhan tidak boleh diapproach dengan empirikal dan matematikal, tidak bermakna Dia tidak wujud.

    Daripada kau blame ‘Tuhan’ atas alasan membiarkan 1 billion orang miskin dalam dunia, why dont kau tujukan yang sama pada bos-bos kapitalis kaya? Amerika, UK misalnya. family Bill gates atau Steven Job tamsilnya. Itu lebih jelas untuk dilihat mata kasar memandangkan kau lebih suka dengan pendekatan logik yang boleh dilihat mata kasar. But aku suka dengan idea humanity kau Nami, atleast you’re showing concern.

  • http://twitter.com/ezmira86 Ez

    how about dalang menyebarkan agama?Can I call it dalang too?

    He’s cool with that? You know siapa dalang yang jadikan dia berfikiran dia macam ni?

    It’s me. His ex-girl.

    • Pawi

      Dear Ez,

      So, this is the person that is much said.

      Anyway, believe it or not aku pun bedah siasat kepercayaan aku. Bukan aku je, ramai lagi yg bedah kepercayaan mereka. But bukan semua “survive”.

      Quran also wrote that, ‘” Masakan kamu mengaku kamu golongan beriman kiranya kamu tidak pernah diuji..” Aku tak ingat teknikel detail ayat tu, but roughly itulah maksudnya..

      My only advice is that, even tough, hangpa tak jumpa jawapan kepada soalan tersebut, tp itu tak bermakna jawapan itu tiada. Atau pun sekiranyan jawapan tersebut tak memuaskan hangpa, tak semestinya itu satu²nya jawapan yg ada.

      One more thing, tafsiran agama dari sesuatu pihak tak semestinya betul. Jgn lah diambil tafsiran itu sebagai “the only answer”.

      Anyway aku bersyukur aku jumpa blog nie. Maybe aku nie slow skit, tapi aku still syukur aku jumpa blog nie. At least aku tau apa yg sedang menjadi dilema sesetngah org.

  • http://twitter.com/abbyshahrin Abby Shahrin

    “The eyes see only what the mind knows”

  • Mybeautifulmind

    Melihat kepada idea penulis nmpk sgt kebobrokan yg pada tahap dewa tentang ilmu agamanya terus layu satu persatu… Lebih mngangkt ilmu dan ideologi barat yg tanpa asas kukuhnya tentang kehidupn islam.. Bkn saya nk menafikn sepenuhnya tetapi jgnlah memperlihtkn kebodohn diri.. Ingat lgi cth kisah org nk gunting rambut dan tukang gunting… Bila diajukan kenapa Allah tak basmi kemiskinan.. Lalu org yg waras ilmunya mnjawb dgn mmberikn cth org yg tidak mnggunting rmbut.. Kalau nk lanjutn kisah cr sendiri.. Tpi inilah tnda2 penulisn merasakan dirinya cool walaupun dia cuba utk menongkah arus

    • http://twitter.com/comradenami Haми Koб Hoбблeр

      Bagi saya – orang yang cerita barat dan timur ini adalah golongan Flat Earth society. Mereka yang menganggap bumi ini rata – sebab bagi saya – barat atau timur hanyalah ilusi dari mereka yang etnosentrik dan merasakan diri tergugat terhadap satu bentuk kebudayaan yang sedang mendominasi.

      Simple – dari barat California jika anda berenang ke arah barat – akhirnya anda sampai ke Timur China. Tidak ada barat atau timur dalam soal ini – cuma soal dogmatisme anda untuk enggan menerima.
      Benda mudah, kalau anda nampak pokok bentuk perempuan seksi tu anda nak cakap apa – kalau nak ikut logik anda?

      Sebenarnya benda senang je, kalau kepercayaan anda ini terletak pada awan, kulat kayu, lemak daging atau sisik ikan, nampak sangat yang anda sebenarnya penyembah objek-objek ini.

      Kenapa dulu orang jumpa lemak daging bentuk tulisan Allah orang tak berani makan? Kenapa nampak akar bentuk tulisan kalimah Tuhan orang tak berani tebang pokok tu? Nampak sangat khurafat.

      • Mybeautifulmind

        wah.. wah.. bodohnya pemikirn engkau secara terang terangan ada siapa ckp bila nmpk kalimah Allah maka patut disembah objek itu? Allah tunjukkn semua krkuasaannya dalam byk perkara.. inilah masalahnya bila dijumudkn pemikiran dan disempitkn pemikiran dicampur dgn gaya ideologi barat yg dibanggakan oleh engkau.. allah mmperlihtkan kuasaNya dgn byk cara utk difikirkn cthnya Allah memberi engkau sakit spya kau boleh merenung diri dan muhasabah diri jadi patutkah kau sembah sakit itu? tentu tidak bukan! tapi Allah suruh ko berfikir dgn kewarasan!!!

      • Joy Dvision

        aku rase sedare yang assume begitu,Islam itu indah, tapi tak semua Muslim tu pendidikan agamanya cukup untuk memahami kebesaran Tuhan. dalam hal ini, saya lihat sedare kurang memahami apa itu Islam, jangan judge Islam based dengan pengikutnya yang tidak mengamalkan Islam dengan betul.That’s why, anda perlu berjumpa dengan orang lebih arif tentang Islam. Tanyalah segala kemusykilan yang ada di benak sedare.   Anda kesian kan kami kerana tak berfikiran seperti sedare,tapi kami pula sebaliknya. Masalah sedare ni senang je nak settle.find a teacher. sedangkan kat sekolah pon ade cikgu.

  • http://twitter.com/comradenami Haми Koб Hoбблeр

    Macam ni la encik karim..saya tak cakap apa-apa kecuali satu benda je saya nak tanya, takde banyak.

    Apakah kepercayaan encik karim ini secara seluruhnya, jiwa dan raga, datang bila encik karim nampak kulat kayu tulisan kalimah allah, atau awan bentuk perempuan kena bakar di api neraka?

    tolong jangan hina otak sendiri. 

    macam saya katakanlah, macam saya nampak awan berbentuk logo liverpool, boleh tak saya gunapakai logik itu?

    penulisan saya dibuat-buat macam mana tu encik karim? yang ni saya tak faham.

    kalaulah saya kata tulisan dari blog-blog islam macam iluvislam, atau azhar idrus etc. itu dibuat-buat, dan menggunakan logik encik karim, boleh juga. ye la, mana ada dalam quran kata ribena tu haram? mana ada orang kata hari valentine tu haram? bila saya tanya orang yang dok sibuk kata pasal haram ni, tak jumpa surah tu. ada 6,666 ayat dalam 114 surah dalam 30 juzuk Quran – tak jumpa pun.Siapa yang buat-buat cerita? Ini cerita pengalaman empirikal saya. Tak caya, cuba ambil satu hari dan tengok awan satu hari tak buat kerja lain macam saya buat. Macam-macam bentuk saya boleh nampak.

    Bakat yang dipersiakan? Maksud encik karim macam mana? Saya persiakan bakat saya?Saya hanya persiakan bakat saya jika saya hanya akur dan patuh dan tunduk dan tutup telinga dan mata saya untuk mencari jawapan. Jawapan yang bersifat satu arah, arahan dari atas dan “tell-off” ni tak jalan bagi orang macam saya. Saya akan sia-siakan bakat saya, kalau saya takut untuk menyentuh persoalan dalam fikiran saya.

    Macam tu baik saya kerja berkebun, tak payah soal banyak-banyak, kan?

  • hambaAllah

    hehe. kelakar. eh, maksud aku..kamu, si penulis yang kelakar. ape tu bedah siasat kepercayaan? ape tu? kalau kamu betul2 bedah siasat kepercayaan kamu, korang takkan keluar this kind of things.

    nampak pathetic sgt ilmu agama kamu bila tulis macam ni. pernahkah kamu betul2 berjumpa face to face brtanyakan ustaz dan ustazah yang lebih dalam ilmu agamanya tentang dilema kamu ini?

    kamu baca, tengok dan membuat interpretasi sendiri. pernah tak tanya betul2 imam muda ke, para ulama sendiri? kalau betul2 korang bedah siasat lah.

    andddd…tak semestinya bila kamu tak jumpa jawapannya atau tak nampak sesuatu secara concrete kamu trus tolak benda tu.

    dan, kaji lah betul2 sejarah peradaban dunia. kamu akan lihat bahawa sebenarnya para pengkaji barat mengakui Rasulullah SAW merupakan pemimpin teragung dan segala apa yang dibawanya benar serta terdapat relevannya. nak bukti?haha, korang kan kuat membaca, kajilah sendiri. bedah siasatlah lah.

    eh, pernah terfikir bagaimana kamu boleh berfikir? ya, disebabkan sel2 neuron kamu yang berhubung dengan jayanya. tapi, sel2 neuron hanya menghantar impulse bukan benda yang kamu fikir. mana kamu dapat idea dasyat macam ni nak persoalkan kewujudan Allah?pengaruh pembacaan? pengaruh sejarah? kamu boleh nampak secara concrete apa yang kamu fikir? kamu boleh nampak dengan jelas apa yang berada di dalam otak kamu? kamu pasti dengan setiap sesuatu yang berada di dalam lobes kamu? 

    apa? kamu tak nampak? mana memori jangka pendek kamu? mana memori jangka panjang kamu? mana satu memori kamu ketika berumur 5 tahun terletak? boleh nampak dengan jelas? apa? tak nampak? maknanya memori tu tak wujud lah? maknanya kamu tak ada memori semasa umur 5 tahun? maknanya kamu skip dari 4 tahun terus ke 6 tahun? ini sekadar contoh.

    bila belajar, sila berguru. guru pun ada limitasi juga sebab dia manusia, so belajar dan belajar lagi. tak faham, tanya pada yang mahir, yang pakar.. nak tanya pasal Islam, pergi jumpa ulamak face to face, ni gi tanya orang Barat sana buat apa. 

    Nak belajar memasak, tapi tanya mekanik yang pandai baiki kereta. pe cer?

    • http://twitter.com/comradenami Haми Koб Hoбблeр

      Ini response yang arrogant dan yang tak pernah memahami daya empirikal.

      Khalas.

      • orang

        so, korg menolak berguruu lah?yelah, mmg betul bukan semua yg guru tu ajar betul. tp cuba imbas kembali semasa zaman tadika. korang dulu mula2 belajar ABC 123 tu scara automatik kah?
        ada guru yang ajar kan?
        ada org yg ajar korg. Kalau tak masakan korg dapat menekan kekunci keyboard sekarang and dapat argue ttg konsep ketuhanan. 

        so, korg masih menolak guru?
        cikgu yang ajar ABC tak semestinya pandai ajar matematik. 
        dulu masa sekolah ada gak cikgu yang ajar sains, BM, sastera etc etc. 
        korg masuk kelas nak dengar apa yang cikgu tu ajar. 

        so, kiranya korg masa tu arrogant la kan?
        sebabnya berguru.
        belajar dari orang kedua.
        kalau macam tak payah berguru lah. 
        bgtahu budak2 tak payah pegi sekolah
        sebabnya hidup ni kena belajar dari pengalaman sendiri bukan dari orang kedua.
        sebab kalau belajar dari guru dorg takkan memahami daya empirikal yang ko dok gebang tu.
        everyone have their own flaws. 
        nak tunggu orang perfect? mati hidup semula pun tak jumpa. 

        Semoga Allah memberi petunjuk buat kamu walaupun kamu dah tak nak percaya Tuhan. 

        • http://twitter.com/comradenami Haми Koб Hoбблeр

          sekarang ni topik dia senang je – percaya dengan kulat kayu,dengan bentuk awan,dengan sisik ikan dan bulu kambing. yang korang ni bangang gi belok topik ni apa kes?

          kau tau ke tidak apa natangnya empirikal tu?
          umpama macam nilah, kau tak pernah pergi india, macam mana kau nak cerita kau kat india sedangkan kau tak pernah pergi india?
          empirikal ni – bukan orang eropah yang start – ibnu sina,ibnu battuta yang start
          mereka berflaneur di seluruh pelusuk bumi mencari jati diri
          itulah dia empirikal.

          kalau kau tak pernah pergi india, tapi kau gebang dengan member2 kau sampai kat india, jumpa shah rukh khan, jumpa rajinikandh tanpa bukti – kau ingat kengkawan kau nak caya?

          cakap tanpa bukti yang kukuh ialah anti-empirikal

          tak tahu apa natangnya empirikal tu – jangan cakap.

          sekian

          • Mybeautifulmind

            Engkau lglah bodoh! Nabi cerita dan bg hadis mngenai zaman skrg semuanya trbukti slps 1400 tahun so yg tu nk katakn apa.. Nabi tak hidup zaman nie mcm mana nabi tau.. Itulah tnda kekuasaan Allah.. Tapi pling bangang lg bila engkau sndiri yg otak separuh masak tu siapa yg anugerahkn!…

            Aku ambik kata2 kau yg lg maha bodoh spya ko fikir

            -cakap tanpa bukti yang kukuh ialah anti empirikal
            Jadi boleh ko ceritakn engkau pernah nmpk syurga dan neraka… Memang pun tak dapat dah ko baca buku barat ko baca buku politikus dan kedajalan barat tak selidik quran dan hadis.. Mana kau tau syurga dan neraka…Jd para sahabat dan pAra perawi bercerita mngenai syurga dan neraka engkau fikir diaorang semua pernah pergi syurga dan neraka..

            Tak tahu apa natangnya iman dan ilmu agama jgn nk brlagak ilmu dunia… Patut sekali sekala penulisan engkau nmpk bodoh kerana ikut pd logik engkau shaja..

          • Fudgey

             Mybeautifulmind,

            You’re the arrogant and ignorant one. “Kedajalan Barat”?

            If you hate the “West” so much, just stop using your computer, as it’s likely to have parts by Western countries, the OS is obviously western. And, what’s so bad about the West? Aren’t the Arabs technically a Western society as they are to the west of our country? I also doubt Australia would constitute a Western country as it is located DIRECTLY to the south of us. So this West-East distinction is ARCHAIC at best.

            Seriously, this West-East ethnocentrism is irking me. Are we that different now? But it’s hard to burst the this bubble that you’re in, my friend.

    • http://twitter.com/ezmira86 Ez

      Pathetic? I think “being honest” and “thinking” is pathetic nowadays eh? Kalau nak ikut flow clan Melayu, pergi dengar cakap ustaz dulu, bla bla bla yada yada, baru pemikir unggul?

      Cakap Muhammad pemimpin teragung doesn’t mean they’re believe in him. Besides, they put Moses and Jesus on third and fifth place respectively, they even put Marx on top ten. So, even kalau dia kat top one sekalipun, doesn’t mean dorang accept overall.Look, the problem with you guys is to simply discredit Western philosophers just because you feels your religion is great, been taught by your parents and your teachers, and never analyse it yourself. Haven’t you ask yourself why Muslims still left behind the Jews or Christians, let alone atheists and agnostics which lead a long way ahead in science and technology?Because we read whoever who writes. Regardless Muhammad, Jesus, Buddha, Jean Paul Sartre, Friedrich Nietzsche – we took everything and we never worship them. If there’s a flaw or wrong, we debate. Me and Nami used to debate about philosophy and thoughts, have you ever have a debate to discuss Muhammad’s philosophy? Let alone disagree, I guess not. End up all crappy things like bela janggut lah, kunyah 40 times on food etc yang korang ambil kira. Pernah tak korang read other prophets than Muhammad, in detail? Pernah tak korang kaji agama lain? No you’re not. I’m on this field for so long and that’s why I stay agnostic.

      Plus, your flawed creationist 5,000 years old Earth by Harun Yahya, have you ever discuss it at surau or madrasa? No, you guys don’t give a flying fuck, aren’t you. All you ever care is your arrogance against people who simply, truthful and honestly feel the way they should be. Your arrogance is not just saying “your religion is the best and the rest is scum”, but people who says “I don’t know” and you’re romping stomping to them. Shame on you.

      And for your information, there’s a lot of flaws between science and Quran, it just like your government doesn’t want it to be spread there. Here in Canada, we all know all religion is flawed.

      • neanderthalman

        I like your thoughts but reading it make my kepala  so pening, if only only you can write coherently in one language tanpa all these bahasa rojak it will be so much the bagus. Work on it a little bit, you an do it! Cintai lah bahasa ibunda.

    • http://twitter.com/ezmira86 Ez

      And tanya Imam Muda? You mean that reality show ustaz tu?

      Just like expecting Mawi to be music teacher. hik hik!

    • Alexiadenisova

      Panjangnya hujah Tuan Jihadist

  • aku_sahaja

    hmm..aku ni memang tak lah nak bermelodrama dlm ayat.ape lagi nak guna ayat bombastik.

    tapi aku nak tanya, apa pemahaman kau sebenarnya?
    apa benda yang kau nak smpaikan ni?

    • http://twitter.com/comradenami Haми Koб Hoбблeр

      senang je – kau ni sembah Tuhan ke sembah kulat kayu, sembah awan, sembah pokok?

      • aku_sahaja

        tapi aku tanya soalan dengan tanda soal –?
        kau tak jawab pun.

        soalan ko aku jawab : aku hamba Allah SWT. tiada yang lain melainkanNya.

        kau ni agnostic ke agnosia?
        kalau agnosia bawak2 la pergi klinik neuro.
        eh aku lupa,
        kau tak perlu pergi klinik utk dpt diagnos.
        kan?.kn?

  • Irwanor

    berfikir sajalah…too big to be small…and too small to be big

  • kawan ez

    Adekah yang so called imam or imam muda whatsoever mempunyai fikrah  atau logik yang tinggi sehingga kita orang biasa harus menerima pandangan sub standard or separuh masak diaorang? Mengaitkan benda-benda pelik like awan berbentuk mate pokok sujud dengan kebesaran islam ialah sesuatu yg tidak tepat dan akan menyebabkan musuh musuh islam memanipulasi pemikiran umat islam sebagai contoh pelayar negara kononya masuk kristian sbb nampak salib di angkasa time die hmpir karam,what if apabila kita dlm kesusahan like that ,sudah pasti kite terpengaruh jike akidah kite tidak berpandukan apa yang nabi ajar . kite terus dihujani dengan bebelan sesetengah ustaz yg berfikiran senteng dan lebih asyik memikirkan upah ceramah daripada belajar untuk jadi lebih kritis dan tidak jumud dan berpengetahuan dan pemikiran luas, tidak cepat menghukum dan open trhadap pandangan orang lain, xyah lah anggap diri unggul sngt dh hafal satu quran tapi x berani menegur mungkar depan mata takut hilang jawatan dan kedudukan ,jangan jadi anjing ok, @ ulama arab saudi yang kita agung agungkan tu,x pernah bersuara mengutuk pangkalan tentera usa kt arab saudi yg digunekan menyerang umat islam,kite jangan jadi bodoh,kite semua nk masuk syurga tetapi soalannya bolehkah orang bodoh masuk syurga? wallahum

    • you

      yang baik kita ambil, yang buruk kita tolak. imam2 tu hanya manusia biasa n selagi namanya insan dia pasti akan buat silap. 
      walaubagaimanapun, imam2 ni darjatnya masih lagi tinggi dr kita kerana ilmu agamanya. tak kira masak atau separuh masak ke pemikiran diorg, diorg dah blaja agama lebih lama dan lebih dalam dari kita.yang manusia mempersoalkan imam2 muda, ustaz2 segala ni.. dah masak sangat pemikirannya?Semoga Allah memberi petunjuk dan menetapkan hati2 kita di atas jalanNya. 

      • aku_sahaja

        i’m agree.

  • http://twitter.com/ezmira86 Ez

    And tanya Imam Muda? You mean that reality show ustaz tu?

    Just like expecting Mawi to be music teacher. hik hik!

  • хесфира

    dalam banyak-banyak bnda yg tuhan boleh buat,kenapa dia buat kayu berkalimah nama dia dan buat daging bermuka isa.kenapa tidak tamatkan kebuluran dan kemiskinan dan hentikan segala pancaroba.itu saja kemampuan tuhan?nope.teringat aku kisah moses semasa dikejar pharaoh.bertemu titik buta di gigi laut merah.tuhan maha kuasa pasti dalam sekelip mata dapat tamatkan riwayat pharaoh.tetapi tidak,dia mewahyukan moses supaya mengetuk tongkat ke laut.dan dari itu terbelahnya laut merah.see that it implies that help from god is not direct.its through an effort from man.tuhan tu sifatnya membenarkan.pada saat itu dia membenarkan laut terbelah tapi tidak secara tiba-tiba,namun dgn ketukan tongkat musa.tuhan boleh menghentikan kebuluran dan kemiskinan.tp apa tuhan buat?

    tuhan ciptakan kamu.ya kamu manusia yang punyai perasaan ihsan

  • Mybeautifulmind

    bagi saya setiap kejadian itu Allah tentukn dan menyuruh kita utk berfikir sendiri.. kesianlah pada penulis yang seangkatan dengannya yg bangga menyatakan minggu ini saya membaca buku barat kisah perspermaan, buku persenggemaan konek dan butu, idoelogi shit dan fuck dan bla bla.. tak pernah plak menyatakan dgn bangganya minggu ini saya baca buku biografi rasulullah, panglima khalid alwalid atau fikrah kejadian manusia… keadaan ini menyebabkn penulis terkontang kanting dlm mngupas isu2 agama dan bijak memperlihatkn kebodohan dlm brfikir tentang sudut prsepsi agama! rasanya tak terfikir oleh penulis kalau Allah tak beri kebebsan utk manusia maka lebih baik Allah tidak mnciptakn seluruh alam tetapi Allah ingin melihat hambanya terus tunduk dan percaya dgn Allah sejauhmana ujian yg diberikn.. kalau Allah basmi kemiskinan semua org kaya siapa yg nk kerja utk yg kaya.. cacatlah kehidupan.. mungkin penulis dalam dila diri atau berada pada peringkat menopause yg telah tmat tempoh hormon utk berfikir scara literal dan baik… ingatlah bukanlah dikalangan umatku sekiranya ia dikatakan telah diuji sedangkan ia blom diuji

  • Asda

    no..this post sebenarnya bukan menidakkan tuhan, tapi menyerang orang jahil yang mudah terpengaruh dengan petunjuk-petunjuk rawak   kebetulan. 
    btw my logic is telling me one word: Pandeism

  • Tukangkata

    Hi, Katalah penulis (Cob Nobbler) berjumpa dengan seorang alim ulama agama untuk ‘berguru’ atau meminta pandangan / pendapat dll, akan adakah alim ulama yg rendah diri mendengar pendapat penulis ini mengenai fakta2 sains dan mampu berhujah menggunakan hukum dan kaedah sains juga? 

    Berbalik kepada topik yang ditulis oleh Cob, biasanya apabila saya melihat awan, saya hanya melihat awan. Mungkin saya seorang yang rendah imaginasinya. Dari awan, saya hanya mampu mengagak hari akan hujan atau tidak. Adakalanya anggapan saya benar dan adakala salah.

  • Hamzah Dolmat

    Terus terang saya tak faham kenapa ramai terasa pasal entry ni. Dah terang-terang kalau kita sebagai umat Islam kalau terlalu taksub dengan perkara-perkara macam sejadah duduk apa semua ni…boleh jatuh kepada percaya khurafat. Bila dah taksub perkara khurafat, boleh munafiq jadinya.

    Pareidolia macam ni bukan perkara yang limited pada budaya kita je. Memang setiap bangsa ada, seperti yang ditulis dalam artikel. Di Midwest America, every other year ada je orang report cakap jumpa burger menyerupai muka Elvis Presley la, cat dinding jadi muka Abraham Lincoln la. Ini semua permainan minda je sebenarnya. You see what you want to see.
     
    Mungkin cara penulisan Comrade Nami ni tak mengikut citarasa kebanyakan golongan konservatif, tapi essence of what he is trying to convey tu kita tak boleh tolak bulat2. Criticism pun tak constructive. Kata dia tak pernah berguru la, pandai2 sendiri la…tapi lepas tu takde siapa yang offer nak ajar. Kalau takat tunjuk link suruh dua baca sendiri, lepas tu jaja nama ustaz itu ini, tanpa contribute secara positif pada diskusi, baik tak payah.

    • Dahlia

      Yes, criticism tak constructive. Semua emosi semata. It shows the level of thinking. 

  • Mybeautifulmind

    Setiap apa yg ditunjukkan itu adalah kekuasaan Allah.. Tak payahlah engkau nk tunjuk gmbr pokok seksi itu sbg tuhan tp kenalah di transformasikn bahawa apakn lg pokok Allah boleh ciptakn seperti bentuk manusia inikn lg mencipta manusia… Dia nk suruh penulis guna otak utk brfikir dan bermuhasabah diri… Kalimah Allah pd ikan lebah dll hnyalag mmberi ptunjk kuasa Allah utk di fikir.. Engkau tak fikir mcm mana boleh emak engkau mngandungkn engkau dlm perut 9 bulan tu pun klu ko lahir cukup bulan… lepas tu sebesar2nya boleh plak keluar dr kemaluan emak engkau bukankah itu amazing! So ada engkau fikirkn? Patut pun ko kecewa sbb masa tu ko berangan2 nk jadi bruce groebellar tp tak jdi.. Syukurlah nak!!!!

  • Kloklokonok

    bedah siasat kepercayaan is one thing. iman or belief is another thing. u can get empirikal to strengthen your case. but u have belief, u dont need empirikal to believe it. anyway, awan kulat saranglebah sejadah berdiri tu semua are not empirikal. npt even close to petunjuk from the Almighty. You dont need all those miracles to actually believe Allah exists. like nami said, when something miracle happen yang bertentangan dgn Islam (muka jesus for example), does that mean Christian is the right religion?

    I despise people who go brouhaha over all these petunjuks. there are more than just a petunjuk to strengthen your belief… keep on writing nami. not that i support everything u wrote, but i like the idea of judge for yourself, not telan bulat-bulat whatever people said. make sure ada ilmu, jangan taklid je kan?

  • N A I V E 001

    ada yang kata tidak wujud barat ataupun timur di dunia ini.  boleh tonton video ini kalau mahu tahu apakah yang dimaksudkan dengan barat sebab barat yang sebenarnya dimaksudkan bukan barat dari segi geografi mahupun kebendaan tetapi merujuk kepada pandangan alam mereka iaitu hasil amalgaman  budaya, falsafah, nilai dan aspirasi tamadun2 purba, amalgaman agama2 dan bangsa2. terima kasih

  • Acapan

    Berfikir dengan akal guna ilmu bukan guna hati…kadang2 kita kata kita fikir guna ilmu…sedangkan kita gunakan logik akal utk kepentingan hati…nak hidayah kena lah cari..belajar dan berfikir.. 

Previous post:

Next post: